LRT Laluan Kelana Jaya berhenti secara mengejut berhampiran Dang Wangi – lima penumpang tercedera

LRT Laluan Kelana Jaya berhenti secara mengejut berhampiran Dang Wangi – lima penumpang tercedera

Rapid KL memaklumkan bahawa terdapat satu insiden melibatkan penumpang telah berlaku di dalam sebuah tren Laluan Kelana Jaya bernombor 62 ketika berada berhampiran Stesen Dang Wangi pada jam 6.07 petang semalam.

“Insiden berlaku apabila sistem keselamatan automatik tren diaktifkan ketika tren sedang bergerak keluar dari stesen, menyebabkan tren berhenti secara serta-merta sebagai langkah kawalan operasi. Pengaktifan sistem tersebut merupakan sebahagian daripada ciri keselamatan tren sedia ada yang direka untuk memastikan sebarang situasi luar jangka dapat ditangani dengan segera.

“Susulan pemberhentian tren secara serta-merta tersebut, seorang penumpang yang sedang berdiri dipercayai hilang imbangan sehingga botol air yang dipegangnya terlanggar panel kaca di bahagian sisi tempat duduk. Impak berkenaan menyebabkan panel kaca tersebut pecah dan serpihannya terkena pada beberapa penumpang yang duduk berhampiran,” kata Rapid KL menerusi kenyataan yang dikeluarkan.

LRT Laluan Kelana Jaya berhenti secara mengejut berhampiran Dang Wangi – lima penumpang tercedera

Tambahnya, berikutan kejadian tersebut, lima orang penumpang dilaporkan mengalami kecederaan. Dua daripada mereka telah dibawa ke Hospital Kuala Lumpur untuk mendapatkan rawatan lanjut, manakala penumpang yang lain menerima rawatan di lokasi sebelum meneruskan perjalanan mereka. Penumpang lain di dalam tren tidak mengalami sebarang kecederaan dan telah diturunkan di Stesen Damai untuk meneruskan perjalanan menggunakan tren yang berikutnya.

“Sebagai langkah berjaga-jaga dan selaras dengan prosedur operasi standard, tren yang terlibat telah dikeluarkan daripada perkhidmatan bagi membolehkan pemeriksaan teknikal menyeluruh dilaksanakan dengan lebih terperinci. Sepanjang tempoh pengendalian insiden, perkhidmatan Laluan Kelana Jaya terus beroperasi seperti biasa.

“Walau bagaimanpun, terdapat pelarasan pada kekerapan tren di beberapa lokasi sementara tren yang terlibat dibawa keluar dari perkhidmatan. Rapid KL telah memulakan siasatan lanjut bagi mengenal pasti punca insiden dan akan terus memastikan tahap keselamatan serta keselesaan penumpang sentiasa diberi keutamaan,” katanya lagi.

Sehubungan itu, Rapid KL menasihati penumpang agar sentiasa berpegang pada pemegang tangan serta berada dalam kedudukan stabil sepanjang perjalanan, khususnya ketika tren sedang bergerak atau menghampiri stesen. Penumpang juga disarankan untuk mendapatkan maklumat dan perkembangan terkini perkhidmatan menerusi saluran media sosial rasmi Rapid KL atau aplikasi MyRapid PULSE.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

<!–

 

–>

!function(f,b,e,v,n,t,s)
{if(f.fbq)return;n=f.fbq=function(){n.callMethod?
n.callMethod.apply(n,arguments):n.queue.push(arguments)};
if(!f._fbq)f._fbq=n;n.push=n;n.loaded=!0;n.version=’2.0′;
n.queue=[];t=b.createElement(e);t.async=!0;
t.src=v;s=b.getElementsByTagName(e)[0];
s.parentNode.insertBefore(t,s)}(window, document,’script’,
‘https://connect.facebook.net/en_US/fbevents.js’);
if (window.ptUserMatch) {
fbq(‘init’, ‘438067916398593’, window.ptUserMatch);
} else {
fbq(‘init’, ‘438067916398593’);
}
fbq(‘track’, ‘PageView’);

Leave a Reply