Sebuah slide taklimat yang dimuat naik di Facebook telah menunjukkan garis masa pengenalan model baru Proton bagi tahun ini. Antara yang terkandung didalamnya adalah berkaitan X50 facelift, yang akan dilancarkan pada suku ketiga tahun ini. Soalnya, X50 facelift ini sudah lama kita tahu kewujudannya, hanya menanti masa untuk diperkenalkan, tetapi kenapa ia dirujuk sebagai model “serba-baru”?
Berdasarkan beberapa spyshot yang sudah pernah dilihat, X50 facelift ini akan melibatkan perbezaan rekaan yang ketara yang diilhami oleh model Geely Binyue L terkini: lampu LED reflektor baru dengan gaya DRL yang sama seperti pada S70, bahagian atas gril dengan rekaan baru serta bahagian bawahnya yang lebih tajam. Di belakang, dijangkakan rekaan jalur lampunya berkelabaran penuh dengan rekaan baru sepenuhnya — ruang nombor plat dialih ke bampar — dan sudut bampar berbentuk L.
Paling utama tentulah enjin 1.5 liter tiga-silinder yang digunakan sekarang akan digantikan dengan unit empat-silinder baru. Digunakan sejak pengenalan Geely Binyue Cool, enjin berkenaan menjana sebanyak 180 PS dan 5,500 rpm dan 290 Nm dari 2,000 rpm hingga 3,500 rpm pada Binyue L.
Ini melibatkan kenaikan 3 PS dan 35 Nm berbanding enjin TGDI pada spesifikasi paling tinggi ketika ini, membolehkan Binyue L memecut 0-100 km/j dalam masa 7.6 saat, 0.3 saat lebih pantas. Transmisi automatik klac basah berkembar tujuh-kelajuan dijangka akan terus digunakan.
Apa pun, tempoh pengenalan X50 facelift 2025 kini sudah semakin hampir. Sebarang maklumat dan spesifikasi sebenar bagi model untuk pasaran Malaysia juga akan diumumkan secara rasmi kelak dan kami akan bawakan kepada anda nanti.
Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.
<!–
–>