Siri plat khas ‘A_A’ yang masih berbaki dibuka untuk jualan mulai 5 Jun 2025 melalui portal MySikap – JPJ

Siri plat khas ‘A_A’ yang masih berbaki dibuka untuk jualan mulai 5 Jun 2025 melalui portal MySikap – JPJ

Bagi yang ‘terlepas’ siri plat khas A_A yang dibuka bidaan menerusi platform dalam talian, JPJ eBid, sempena Sambutan Ulang Tahun Hari JPJ Ke-79 pada April lalu, jangan kecewa. Ini kerana Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) baru mengumumkan baki siri plat khas A_A bakal dibuka jualan mulai esok, 5 Jun 2025 menerusi portal MySikap.

Untuk mendapatkannya, anda perlu mendaftar akaun di MySikap, namun bagi pengguna sedia ada, anda boleh log masuk ID anda dan kemudian pergi ke Menu ‘Kenderaan’. Seterusnya, klik pada Menu ‘Tempahan Nombor Pendaftaran’ dan pilih ‘Nombor Pendaftaran Istimewa’.

Kemudian, klik pula bahagian ‘Siri dan Nombor’ untuk memilih baki nombor plat khas A_A ini. Senarai baki nombor boleh dilihat menerusi paparan ‘Nombor Pendaftaran Yang Ingin Dibeli’.

Selepas anda membuat pilihan nombor yang berkenan, anda boleh terus ke bahagian pembayaran dan menggunakan transaksi tanpa tunai sama ada menggunakan kad debit/kredit atau pun pembankan dalam talian. Selesai sahaja membuat pembayaran, jangan lupa cetak resit pembayaran.

Klik untuk besarkan imej

Sebelum ini, Menteri Pengangkutan Anthony Loke mengumumkan siri khas A_A ini berjaya mengaut kutipan keseluruhan mencecah RM24,022,793. Ia melibatkan 24,470 orang, dan 6,746 pembida berjaya memenangi nombor pendaftaran masing-masing.

“Berdasarkan kepada rekod bidaan, NPI Siri A___A yang dibida dengan harga paling tinggi ialah A9A dengan nilai RM902,020. Seterusnya, bidaan kedua tertinggi adalah A11A dengan harga bidaan RM703,007 diikuti A8A berada pada bidaan ketiga tertinggi dengan nilai RM700,000.

“Kemudian, A7A adalah NPI keempat tertinggi dengan nilai bidaan RM502,000 dan kelima tertinggi adalah A2A dengan nilai RM490,888,” katanya yang menambah lima nombor yang paling banyak dibida ialah A51A seramai 40 pembida, A101A (31 pembida), A8118A (29 pembida), A1881A (27 pembida) dan A19A (juga 27 pembida),” kata Loke.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

<!–

 

–>

Leave a Reply